Facebook Ingin Memaparkan Lebih Banyak Bahan Bacaan Pada NewsFeed Anda

Dalam usaha untuk menawarkan lebih banyak bahan bacaan yang berkaitan dan menarik minat pengguna, pihak Facebook dilihat memperkenalkan sebuah kemaskini kecil pada bahagian NewsFeed mereka.

Melalui kemaskini yang diumumkan ini, pihak Facebook akan memaparkan artikel berkaitan dibawah sesuatu perkongsian sebaik sahaja anda klik pada URL yang dikongsikan sebelumnya. Perkara ini akan membolehkan pengguna menemui lebih banyak artikel popular yang dikongsikan pada laman sosial berkenaan.

Facebook Newsfeed Related

Dalam memaparkan artikel dan pautan yang menarik, pihak Facebook menggunakan algoritma tersendiri yang mengambil kira perkongsian dan klik yang dilakukan pengguna pada sesuatu perkongsian.

Kemaskini ini dilihat akan diperkenalkan secara berperingkat kepada semua pengguna laman sosial berkenaan.

Nota: