Facebook Dilaporkan Sedang Membangunkan Aplikasi Seumpama Snapchat – Dikenali “Slingshot”

Facebook baru-baru ini telah menarik kembali aplikasi Poke yang menawarkan beberapa fungsi seumpama Snapchat. Namun, ia tidak bermakna pihak Facebook berundur untuk bersaing dengan Snapchat, sebaliknya dilihat mempunyai sebuah perancangan yang lain.

Menurut laporan terbaru daripada Financial Times, ia dikatakan gergasi laman sosial berkenaan sedang membangunkan sebuah aplikasi berasingan yang dikenali dengan nama “Slinghsot”, dan dijangka menawarkan fungsi lebih kurang seperti Snapchat.

Menggunakannya kelak, pengguna dikatakan boleh tap butang khas untuk menghantar gambar ataupun sebuah video ringkas – yang mana hanya boleh dilihat atau tonton sekali sahaja sebelum ia dipadam.

Ia dikatakan untuk menggunakannya, pengguna turut tidak boleh memilih gambar daripada galeri, tetapi sebaliknya perlu menggunakan aplikasi berkenaan untuk merakamkan gambar atau video.

Aplikasi berkenaan dikatakan sedang dalam pembangunan dan mungkin dilancarkan seawal bulan ini.

Nota: