Facebook Dilaporkan Bersedia Untuk Melancarkan Rangkaian Pengiklanan Pada Bulan Ini

Desas-desus mengenai rangkaian pengiklanan daripada Facebook bukan sesuatu yang baru, dan hari ini ia dikatakan Facebook akan melancarkannya pada acara F8 yang dijadualkan penghujung bulan ini.

Rangkaian pengiklanan ini dikatakan akan menyasarkan kepada platform mudah-alih, sekaligus memudahkan para pembangun mengintegrasikannya pada aplikasi mereka.

Seperti semua sedia maklum, pengiklanan sedia menjadi salah satu pendapatan utama pihak Facebook, dan dengan pengenalan rangkaian pengiklanan mereka kini, ia membolehkan Facebook memaparkan bukan sahaja pada platform mereka, tetapi turut memperluaskannya ke perkhidmatan selain Facebook.

Pihak Facebook tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan dengan desas-desus ini. Apa pun, sama-sama kita nantikan penyertaan Facebook dalam persaingan dunia pengiklanan bersama-sama beberapa nama besar lain, termasuk Google.

Nota: