Facebook Akan Mengambil-Alih Oculus VR Pada Harga $2 Bilion

Oculus RiftFacebook nampaknya meneruskan usaha mereka dalam mengambil-alih beberapa syarikat teknologi menarik, dan hari ini mereka mengumumkan pengambil-alihan syarikat yang memfokuskan kepada teknologi permainan realiti-maya yang hadir dengan Oculus Rift sebelum ini.

Mark Zuckerberg mengatakan yang mana Facebook sedia menyediakan dunia yang terbuka dan menghubungkan pelbagai perkara melaluinya. Akhir-akhir ini mereka turut melabur pada platform mudah-alih, dan bercakap mengenai teknologi dan platform akan datang adalah platform realiti-maya.

Oculus Rift sebelum ini telah menarik minat ramai pembangun dan juga pengguna, terutamanya disebabkan penawaran pengalaman peribadi yang lebih menarik melaluinya.

Facebook mengatakan yang mana Oculus akan terus beroperasi secara bebas didalam Facebook, dan akan memfokuskan kepada permainan untuk permulaan ini.

Ia dikatakan permainan hanya sebagai permulaan, dan selepas ia, Oculus akan dijadikan platform untuk pelbagai perkara – terutamanya memfokuskan kepada platform komunikasi, dimana pengguna boleh berhubung dengan merkea yang dihendaki dengan hanya memakai peranti tambahan di kepala mereka.

Facebook mengatakan transaksi pengambil-alihan ini dijangka akan selesai sekitar suku kedua 2014 ini.

Jadi, mungkinkah pengambil-alihan Oculus VR ini menjadi jawapan Facebook untuk platform seumpama Google Glass?

Nota: