dherba

Facebook Akan Menamatkan Fungsi Siapa Yang Boleh Mencari Anda Di Laman Sosial Tersebut

Facebook sedia memperkenalkan beberapa perubahan pada fungsi privasi di laman sosial tersebut, dan kini salah satu fungsi yang akan ditamatkan dalam beberapa minggu lagi adalah kebolehan “siapa yang boleh mencari Timeline anda menggunakan nama”.

Facebook Akan Menamatkan Fungsi Siapa Yang Boleh Mencari Anda Di Laman Sosial Tersebut

Sebelum ini, pengguna boleh menetapkan siapa yang boleh mencari Timeline anda, sama ada rakan-rakan dan sebagainya.

Perkara ini mungkin lanjutan daripada pengenalan Graph Search dengan meluas, sekaligus membolehkan sesiapa sahaja untuk membuat carian profil anda di Facebook.

Seperti biasa, untuk masih mengekalkan privasi anda, kini anda hanya boleh mengawalnya dengan mengubah tetapan penerbitan anda ketika berkongsi sesuatu di Facebook.

Baca juga:  LegalMate Ingin Memudahkan Pengguna Mendapatkan Nasihat Daripada Peguam