F-Secure Key Ingin Memudahkan Pengurusan Kata Laluan Anda

Terdapat beberapa perisian yang menawarkan kemudahan untuk menguruskan dan menyimpan kata laluan pelbagai perkhidmatan anda, dan terkini salah satu perkhidmatan seumpamanya daripada F-Secure adalah F-Secure Key.

F-Secure Key membolehkan pengguna untuk menyimpan beberapa kata-laluan padanya, dan menggunakan kata-laluan tersebut apabila mengakses sesuatu perkhidmatan. Perkara ini mungkin memudahkan anda sekiranya mempunyai kata laluan dengan pelbagai simbol dan abjad, selain membolehkan anda menggunakan kata laluan yang berbeza untuk pelbagai perkhidmatan tanpa perlu mengingati semua kata laluan.

F-Secure Key

F-Secure juga mengatakan Key akan memberikan pelbagai kemaskini semasa berkaitan pengodaman, memudahkan pengguna untuk mengetahui kemaskini semasa berkaitan perkhidmatan yang digunakan mereka.

F-Secure Key ditawarkan untuk Windows, OS X, Android dan juga iOS. Namun, untuk sokongan sync, pengguna perlu membeli langganan tambahan yang agak mahal berbanding LastPass.

Muat-Turun F-Secure Key

Nota: