Eventbrite Hadir Dengan Sokongan Tempahan Tiket Mengikut Tempat Duduk Yang Dikhaskan

Aplikasi atas-talian popular untuk pengurusan perkhidmatan tiket iaitu Eventbrite melancarkan fungsi baru pada laman mereka iaitu perkhidmatan untuk pembeli tiket menetapkan tempat duduk mereka pada satu-satu majlis.

Ticket-Prices-1024x644

Sebelum ini, Eventbrite cuma menawarkan fungsi untuk mendapatkan tiket sahaja untuk satu-satu majlis, tetapi dengan hadirnya fungsi yang baru ini ia memudahkan pihak pengurusan majlis untuk menjual tiket berdasarkan kepada tempat duduk.

Melalui laman editor untuk menentukan tempat duduk pada Eventbrite ini, ia menyokong fungsi serek dan letak, dan bagi memudahkan proses menentukan harga berdasarkan tempat duduk Eventbrite hanya memerlukan anda untuk menyatakan kawasan tumpuan utama dan selepas itu Eventbrite akan menentukan kawasan manakah yang terbaik secara automatik.

Nota: