Empat Peranti Jualan Nile Yang Anda Perlu Ada Menjelang Raya

Hari Raya Aidilfitri untuk tahun ini bakal disambut lebih kurang tiga minggu lagi. Sudah pasti ramai antara kita sibuk melakukan persiapan untuk menyambut hari yang meriah ini kerana saudara-mara dan rakan-taulan akan berziarah. Salah satu kedai atas talian yang menyediakan promosi adalah dari nile.com.my, yang menawarkan penghantaran percuma untuk pembelian lebih dari RM48.

Melalui promosi ini, Nile menawarkan penghantaran percuma buat sebarang pembelian melebihi RM48 ringgit menggunakan GDex Courier. Manakala buat mereka yang lebih sukakan membeli atas talian dan membayarnya apabila pesanan barang tersebut sampai dalam tempoh 24 jam, harga minimum untuk memenuhi syarat penghantaran percuma adalah RM 78.

Selain dari itu Nile turut menyertakan beberapa pilihan peranti dengan diskaun yang tinggi dan berikut merupakan 4 peranti pilihan kami dari Nile.

Power Bank

nile-powerr copy

Powerbank ini mempunyai kapasiti yang besar dan turut mampu mengecas dua peranti pada satu masa yang sama. Kedua-dua palam pengecas yang disediakan mempunyai nilai kuasa berbeza dan mampu mengecas iPad dan telefon pintar lain pada masa yang sama. Peranti ini berharga dari RM27.90-RM49.90

Beli di Nile: Powerbank

fKipas Angin

Dengan ramai saudara dan rakan taulan yang berkunjung, pastinya anda tidak mahu mereka bersesak kepanasan dirumah anda. Kipas merupakan satu peranti yang penting dan Nile menawarkan kipas Pensonic 16 inci pada harga RM69.90 Apapun oleh kerana saiznya yang besar, peranti ini tidak termasuk dalam penghantaran 24 jam.

Beli di Nile: Kipas Pensonic 16 inci

Pelindung & Sarung Telefon Pintar

nile-powerbank copy

Sekiranya anda seorang yang mementingkan gaya di hari raya, terdapat banyak pilihan pelindung dan sarung buat telefon pintar anda dan tablet kesayangan anda. Harga yang ditawarkan pula cukup rendah dan berbaloi dan oleh kerana kebanyakkannya bersaiz kecil, ia boleh dihantar dalam masa 24 jam.

 

nile-sport copyPeralatan Senaman

Bagi mereka yang ingin tampak segak menjelang hari lebaran, anda juga boleh memulakan plan pemakanan seimbang disertai senaman badan di rumah. Nile turut menawarkan peralatan senaman yang boleh digunakan dirumah pada harga mampu milik. Peralatan seperti chin-up bar ditawarkan pada harga RM25.50, push up frame pada harga RM11.10 dan bangku senaman pada harga RM199.00.

Apapun promosi Penghantaran Percuma ini akan tamat pada 21 Julai jadi jangan lengah lagi dan mulakan pembelian anda di Nile sekarang.

Penafian: Advertorial dari Nile.com.my

Nota: