Empat penjenayah tersungkur

Utama

am@hmetro.com.my

Ipoh: Empat penjenayah dipercayai terbabit kes samun ditembak mati polis di Jalan Ampang Baru, Ipoh, dekat Balai Polis Tambun, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam tadi, keempat-empat penjenayah berkenaan dipercayai terbabit dalam jenayah kekerasan iaitu samun sebelum dipercayai berbalas tembakan dengan polis.

Kejadian berbalas tembakan itu berlaku kira-kira 300 meter dari Balai Polis Tambun.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Abdul Rahim Hanafi ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Ketika ini, forensik polis sudah tiba di lokasi kejadian dan sedang melakukan pemeriksaan.

Turut kelihatan tiba di lokasi kejadian Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Perak, Datuk Gan Tian Kee.

Sidang media kejayaan polis itu dijangka diadakan jam 11 pagi hari ini di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak.

Image: 
Mohd Hafizee Mohd Arop dan Muhamad Izzat Nasuruden

Ipoh: Empat penjenayah dipercayai terbabit kes samun ditembak mati polis di Jalan Ampang Baru, Ipoh, dekat Balai Polis Tambun, di sini, malam tadi.

| Berita penuh | Berita lain


Widget not in any sidebars

Nota: