Emojli – Laman Sosial Menggunakan Emoji Sepenuhnya Bakal Dilancarkan

EmojliDengan penggunaan emoji yang semakin meluas, termasuk beberapa perkhidmatan yang mula menyokongnya secara rasmi, kini dua orang pembangun hadir dengan idea membangunkan laman sosial memfokuskan emoji sepenuhnya, dinamakan sebagai Emojli.

Bagi yang tidak mengenali emoji, ia merupakan gambar berbentuk ikon, yang terdiri daripada gambar wajah sehinggalah kepada pelbagai gambar lain yang digunakan untuk menyampaikan mesej dalam bentuk lebih interaktif.

Emoji boleh dikatakan agak digunakan dengan meluas pada aplikasi permesejan seperti WhatsApp, selain pada awal tahun ini beberapa permainan memfokuskannya turut mendapat perhatian ramai pengguna.

Melalui perkhidmatan laman sosial Emojli ini, ia ingin menggantikan penggunaan perkataan sepenuhnya dengan emoji. Malah, untuk pendaftaran minat yang dibuka sekarang ini, ia menggunakan emoji untuk digunakan sebagai nama pengguna perkhidmatan tersebut.

Buat masa ini, pembangunnya tidak memberikan sebarang tarikh untuk pelancaran. Bagi anda yang berminat, mungkin boleh ke laman Emojli dan mendaftarkan minat anda di sana, seterusnya mendapatkan kemaskini dan notifikasi sebaik sahaja laman tersebut dilancarkan.

Layari : Emojli

Nota: