Honda Cub ialah motosikal yang cukup popular di dunia. Pernah suatu ketika, ia dinobatkan sebagai motosikal yang terhebat pernah dihasilkan kerana ia amat tahan lasak. Ia boleh mengangkat beban yang banyak dan ini menjadikannya motosikal pilihan penghantar barangan di negara Eropah. Dunia kini berpindah ke kenderaan elektrik dan oleh itu eCUB telah dihasilkan. eCUB ialah Honda Cub yang diubah bagi menggunakan kuasa elektrik sepenuhnya. Ia dihasilkan oleh Shanghai Customs, sebuah firma rekaan yang berpangkalan di China. Sebuah bateri 1.2 kW digunakan bagi memberikan kemampuan bergerak pada kelajuan maksimum 50 km/j dan jarak penggunaan sehingga 50 km dengan sekali caj.
Rekaan motosikal juga diubahsuai bagi memberikan rupa yang lebih minimalis dan futuristik. Sebuah peranti Android pula menjadi ganti kepada meter analog yang menunjukkan jumlah caj dan kelajuan ketika ditunggang.