EA Menawarkan Beberapa Permainan Secara Percuma Untuk Pengguna BlackBerry 10

BlackBerry sering hadir dengan aplikasi percuma hasil kerjasama dengan beberapa pembangun. Kini, memulakan bulan Februari, pihak BlackBerry menawarkan beberapa permainan daripada EA secara percuma untuk tempoh yang terhad.

Mengikut apa yang kami lihat, EA dan BlackBerry menawarkan aplikasi permainan yang berbeza-beza untuk peranti.

Mengikut apa yang dilihat, pengguna BlackBerry Z30 mendapat permainan percuma Bejeweled 2, Dead Space, NBA: Jam, dan juga Plants vs Zombies. Pengguna Z10 pula turut menerima permainan berkenaan, tetapi turut didatangkan dengan pilihan pelbagai permainan menarik lain termasuk Monopoly Milionaire, SimCity Deluze, Need for Speed dan banyak lagi. Pengguna BlackBerry Q10 juga turut ditawarkan dengan beberapa permainan menarik, termasuk Need for Speed : Undercover dan juga Monopoly Millionaire.

Bagi pengguna BlackBerry 10, anda boleh menyemak BlackBerry World hari ini, dan memuat-turun permainan percuma anda hari ini.

Nota: