Ubisoft pada acara pengumuman mereka di E3 2014 telahpun mengumumkan siri Assassin Creed terbaru mereka iaitu Unity. Siri permainan Assassin Creed membawa pemain untuk menghayati watak pembunuh upahan dari zaman Templar sehinggalah zaman Lanun.
Pemain akan mengendalikan watak yang bernama Arno pada zaman revolusi Perancis. Salah satu fungsi yang diperlihatkan mereka adalah melakukan misi utama secara berkumpulan dengan pemain lain. Turut didedahkan pada acara ini adalah demonstrasi permainan pada suatu misi. Video selama 7 minit dibawah juga menunjukkan beberapa fungsi tertentu seperti Eagle Pulse.
Assassin Creed Unity sudah boleh ditempah bermula hari ini dan permainan ini akan dijual pada 28 Oktober 2014 untuk platform XBox One, PS4 dan PC.