Dua Rekaan Yang Dikatakan Jam Tangan Pintar Android Wear 2.0 Keluaran Google Tertiris

Tahun ini Google melakukan kejutan dengan menghasilkan dua peranti Pixel. Dengan pelancarannya Google kini mengawal kesemua aspek pengeluaran telefon pintar yang selama ini dikongsi dengan pengeluar lain. Pagi ini rekaan dua jam tangan pintar Android Wear 2.0 yang dihasilkan Google tertiris. Kedua-duanya menggunakan skrin bulat tanpa paparan “tayar pancit” pada bahagian bawah.

Jam yang lebih besar pada sebelah kiri diberikan kod nama Angelfish manakala jam di sebelah kanan diberi kod nama Swordfish. Angelfish dipercayai menyokong sistem telefoni LTE dengan pelbagai sensor untuk mengesan tahap kesihatan pemakai. Swordfish pula ialah jam tangan pintar lebih asas tanpa sebarang sensor kesihatan.

Seperti Google Pixel, terdapat spekulasi kedu-dua jam tangan ini turut dihasilkan oleh HTC. Sekiranya anda ingat, mereka membatalkan pengeluaran jam tangan pintar mereka tahun lalu. Jawapan hanya akan diketahui tahun hadapan.

| Artikel penuh | Tech lain


Widget not in any sidebars

Nota: