Dua penjenayah ditembak mati

Utama

mohd.rizal@hmetro.com.my

Miri: Dua penjenayah warga asing yang terbabit dalam 16 kes pecah rumah ditembak mati oleh sepasukan polis di rumah kosong di Luak Bay di sini, hari ini.

Dalam kejadian 2.30 pagi itu, penjenayah berusia lingkungan 30-an itu bertindak melepaskan tembakan dan cuba menyerang anggota polis menggunakan parang ketika anggota polis melakukan serbuan di rumah itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Dev Kumar berkata, anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak bersama anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri terpaksa melepaskan beberapa tembakan mengakibatkan kedua-dua penjenayah mati di tempat kejadian.

Menurutnya, dua penjenayah terbabit adalah individu yang dikehendaki polis berikutan 16 kes pecah rumah sejak tahun lalu.

“Polis turut menemui pelbagai barang hasil pecah rumah antaranya komputer riba, telefon bimbitdan jam tangan bernilai lebih RM100,000 di rumah berkenaan,” katanya.

Image: 
Mohd Rizal Abdullah

Miri: Dua penjenayah warga asing yang terbabit dalam 16 kes pecah rumah ditembak mati oleh sepasukan polis di rumah kosong di Luak Bay di sini, hari ini.

| Berita penuh | Berita lain


Widget not in any sidebars

Nota: