Dua parah kemalangan empat kereta, tujuh motosikal

Mutakhir

 

 

am@hmetro.com.my

 

Bukit Mertajam: Dua lelaki parah dalam kemalangan membabitkan empat kereta dan tujuh motosikal di Pasar Malam Ampang Jajar, Jalan Permatang Pauh, di sini, malam tadi.

Difahamkan, dalam kejadian jam 8.30 malam, semua kenderaan berkenaan diparkir di bahu jalan dan di garisan putih tengah jalan, berhampiran pasar malam berkenaan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT)Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila kereta Perodua Axia yang dipandu seorang lelaki dari arah Permatang Pauh telah melanggar pejalan kaki yang sedang melintas jalan.

Beliau berkata, selepas melanggar pejalan kaki berkenaan, kereta berkenaan hilang kawalan dan melanggar tujuh motosikal yang diparkir di tengah jalan.

“Perodua Axia berkenaan turut melanggar kereta lain yang datang dari arah bertentangan sebelum kenderaan itu terbabas dan melanggar duakereta yang diparkir di bahu jalan.

“Selain pejalan kaki dan pemandu kereta Axia yang parah, dua individu lain menaiki kereta yang bertembung dengan Axia cedera ringan,” katanya.

Image: 
Azma Razana Johari

Bukit Mertajam: Dua lelaki parah dalam kemalangan membabitkan empat kereta dan tujuh motosikal di Pasar Malam Ampang Jajar, Jalan Permatang Pauh, di sini, malam tadi.

| Berita penuh | Berita lain


Widget not in any sidebars

Nota: