Dropbox Mengambil-Alih Perkhidmatan Loom Dan Hackpad

Dropbox LoomDropbox nampaknya pada tahun ini ingin memperluaskan portfolio mereka dengan menawarkan pelbagai perkhidmatan berasaskan awan. Setelah memperkenalkan aplikasi Mailbox dan aplikasi Carousel minggu lepas, minggu ini mereka dilihat mengambil-alih beberapa syarikat baru.

Dua syarikat baru yang diambil-alih mereka adalah Loom dan juga Hackbox.

Loom merupakan salah satu aplikasi yang menawarkan sokongan untuk memuat-naik gambar dan menyimpannya di awan. Ia menyertakan beberapa perkara unik, termasuk rekaan yang kemas dan juga sokongan berasaskan gesture. Dengan pengambil-alihan ini, pihak Dropbox akan menamatkan perkhidmatan Loom pada 16 Mei kelak. Berkemungkinan pengambil-alihan ini akan membantu dalam terus membawa fungsi menarik ke aplikasi Carousel mereka.

Selain Loom, pihak Dropbox turut mengambil-alih perkhidmatan Hackpad yang mana menawarkan sokongan kolaborasi bersama-sama rakan sekerja ataupun sesuatu kumpulan, Ia membolehkan pengguna berkongsi dokumen, nota dan sebagainya, serta berkolaborasi bersama-sama yang lain. Berbeza dengan Loom, aplikasi Hackpad yang ditawarkan untuk iOS ini akan terus berfungsi buat masa ini.

Mungkinkah pengambil-alihan kedua-duanya akan terus membolehkan Dropbox bersaing sihat dengan pelbagai penyedia yang lain?

Nota: