Dropbox Memperkenalkan Klien Emel Mailbox Untuk Android

Mailbox merupakan salah satu klien emel yang digemari ramai pengguna iOS seluruh dunia. Syarikat tersebut sebelum ini telah diambil-alih oleh Dropbox, dan hari ini aplikasi yang sama turut diperkenalkan untuk para pengguna Android.

Mailbox Android

Mailbox membolehkan pengguna menguruskan emel akaun iCloud dan juga GMail dengan mudah, selain memudahkan pengguna untuk memadamkan emel, mengarkibkan ataupun “menunda” sesuatu emel untuk diberikan respon pada kemudian masa dengan mudah.

Bagi pengguna Android, anda boleh memuat-turun aplikasi Mailbox ini secara percuma daripada Google Play Store hari ini, dan menggunakannya dalam menguruskan emel anda dengan lebih mudah.

Nota: