Driving Barista – Aplikasi Memberikan Kopi Percuma Sekiranya Peranti Tidak Digunakan Ketika Memandu

Dahulu kita sering mendengar slogan “jangan memandu ketika mabuk”. Kini rasanya slogan perlu ditukar kepada “jangan memandu ketika menggunakan peranti pintar”. Hakikatnya zaman pasca PC ini semakin banyak kemalangan berlalu kerana pemandu alpa dengan peranti. Di Jepun kemalangan akibat penggunaan peranti tertinggi dilaporkan di daerah Aichi. Untuk mengatasi masalah ini aplikasi Driving Barista dihasilkan.

Aplikasi keselamatan ini dihasilkan oleh KDDI dengan kerjasama Komeda Coffee Shop. Sekiranya pemandu tidak menggunakan peranti ketika memandu sejauh 100 kilometer, mereka akan diberikan secawan kopi percuma. Penggunaan dikesan menggunakan giroskop dan GPS. Sekiranya aplikasi mengesan peranti diangkat ketika kenderaan bergerak, jumlah jarak yang telah dikumpul oleh pemandu akan ditetapkan semula kepada sifar. Ini cara yang agak unik untuk menyelesaikan masalah kemalangan akibat kecuaian pemandu yang menggunakan peranti. Aplikasi ini boleh dimuat turun pengguna Android dan iOS. Sanggupkah anda tidak menggunakan peranti ketika memandu semata-mata untuk secawan kopi percuma?

| Artikel penuh | Tech lain


Widget not in any sidebars

Nota: