Doakan usaha bawa pulang Jaffar lancar

Mutakhir

yusmizal@hmetro.com.my

 

Kuala Lumpur : Biro Kebajikan UMNO akan menguruskan proses membawa pulang pesara kerajaan, Jaffar Saion yang kini terlantar di Unit Rawatan Rapi Hospital Prince Of Wales, Sydney Australia dalam masa terdekat.

Setiausaha Biro, Abdul Khalid Chairul berkata, ketika ini semua urusan dengan pihak terbabit termasuk Wisma Putra, perwakilan Malaysia di Australia, Kementerian Kesihatan, Hospital Kuala Lumpur (HKL), Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) dan Malaysia Airport Berhad (MAB) sedang berjalan.

“Kami juga sudah berhubung dengan keluarganya dan berusaha membawa Jaffar balik ke Malaysia sebelum atau pada 20 September ini. Bagaimanpun ia masih tertakluk kepada keadaan beliau dan kelulusan pihak hospital dan insya-Allah saya bersama pasukan perubatan dari HKL akan berlepas ke Sydney minggu depan,”katanya.

Jaffar, 57, tidak sedarkan diri selepas diserang angin ahmar pada anggota badan sebelah kiri 30 Ogos lalu ketika bercuti bersama keluarga di Australia.

Berita mengenai keadaan kesihatannya dimuat naik anak-anaknya di Facebook dan turut disiarkan di dalam Metro Ahad, mengundang sokongan serta reaksi daripada pelbagai pihak.

 

 

Image: 
Yusmizal Dolah Aling

Kuala Lumpur : Biro Kebajikan UMNO akan menguruskan proses membawa pulang pesara kerajaan, Jaffar Saion yang kini terlantar di Unit Rawatan Rapi Hospital Prince Of Wales, Sydney Australia dalam masa terdekat.

| Berita penuh | Berita lain


Widget not in any sidebars

Nota: