Disney Mula Menawarkan Kandungan Mereka Untuk Pengguna iFlix

Walaupun Disney telah sedia mengumumkan perancangan mereka untuk hadir dengan sebuah perkhidmatan penstriman video dalam masa beberapa tahun lagi, namun ia tidak menghentikan Disney daripada mengumumkan kerjasama baru. Terkini, hari ini iFlix dan Disney mengumumkan kerjasama penawarna kandungan Disney melalui platform iFlix.

Melalui kerjasama ini, para pengguna iFlix akan dapat menikmati kandungan daripada Disney terus pada platform iFlix.com. Kandungan ini termasuk daripada Marvel Studios (Guardians of the Galaxy, Captain America, Iron Man 3, dan lain-lain), Pixar (Monsters Inc, Wall-E, Up, dan lain-lain), dan juga daripada Disney (Frozen, Cars, The Jungle Book, dan lain-lain).

Sejumlah kandungan Disney juga akan ditambah sepanjang 2018 untuk pengguna iFlix.

Pada masa yang sama, kerjasama ini juga turut meliputi untuk penawarna daripada Maker Studios yang mana akan ditawarkan secara eksklusif pada iFlix.

| Artikel penuh

| Muka terdahulu | Tech lain

Nota: