Discord merupakan salah satu aplikasi komuniti yang popular dikalangan para peminat permainan video – dan turut dilabelkan sebagai “Slack untuk Gamer”. Terkini, Discord turut menguji ciri baru, iaitu kebolehan panggilan video dan juga perkongsian skrin melaui perisian desktop mereka.
Buat masa ini, ciri ini hanya diuji dikalangan 5% pengguna desktop sahaja, dan dijangka diperluaskan dalam beberapa bulan lagi.
Melaluinya, anda boleh membuat panggilan video antara rakan-rakan lain sama ada secara seorang-ke-seorang, atau secara berkumpulan. Disamping itu, anda turut boleh berkongsi skrin komputer anda bersama lain – sekaligus memudahkan anda berkongsi permainan video anda kepada rakan-rakan lain.
Dengan ciri ini, ia dijangka akan membuatkan lebih ramai pengguna meluangkan masa pada Discord, berbanding sebelum ini – sekaligus membolehkan mereka bersaing dengan pelbagai perkhidmatan yang lain di pasaran.