Dirempuh, diseret 12 meter

Utama

am@hmetro.com.my

Batu Pahat: Dua maut manakala empat parah apabila kereta dinaiki sekeluarga kemalangan di Kilometer 115.6 lebuh raya PLUS, arah utara, dekat, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa, berkata kejadian membabitkan tiga kereta, dua trailer dan satu lori.

Katanya, satu daripada trailer terbabit dikatakan hilang kawalan lalu melanggar kereta dinaiki enam sekeluarga berkenaan.

“Keluarga berkenaan dalam perjalanan ke utara apabila kereta mereka dirempuh trailer dari belakang menyebabkan pemandu hilang kawalan, terbabas dan terperosok ke sebuah trailer lain di depan.

“Kereta dinaiki keluarga malang itu diseret hampir 12 meter sebelum trailer itu berhenti.

“Mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Pakar Nora Ismail, Batu Pahat untuk rawatan lanjut,” katanya.

Sementara itu, jurucakap PLUS berkata, kemalangan menyebabkan kesesakan sejauh empat kilometer ke arah utara.

Image: 
Ibrahim Isa

Batu Pahat: Dua maut manakala empat parah apabila kereta dinaiki sekeluarga kemalangan di Kilometer 115.6 lebuh raya PLUS, arah utara, dekat, malam tadi.

| Artikel @ berita penuh



Widget not in any sidebars


Nota: