DiGi Mengaktifkan Sokongan 4G LTE Untuk Pengguna Telefon Pintar

DiGi 4G LTESetelah memperkenalkan sokongan rangkaian 4G LTE untuk pengguna MiFi dan tablet sahaja sebelum ini, kini ia dilihat pihak DiGi telah mengaktifkan sokongan rangkaian 4G LTE untuk semua pengguna peranti mudah-alih yang menyokong rangkaian LTE.

Melalui rangkaian 4G LTE, ia menawarkan kelajuan penggunaan data internet antara 3-5 kali ganda lebih pantas berbanding rangkaian 3G sebelum ini.

Ia dikatakan pengguna memerlukan kad-SIM versi baru (yang ditandakan dengan huruf “U”) untuk dapat menikmati sokongan rangkaian LTE ini.

Rangkaian LTE daripada DiGi ini boleh digunakan oleh mereka yang melanggan pakej baru DG SmartPlan 50, 78, 108, ataupun pakej sedia ada DG SmartPlan 58 dan 148.

Walaubagaimanapun, liputan rangkaian 4G LTE oleh DiGi masih terhad dan hanya terdapat di beberapa lokasi utama sahaja buat masa ini.

Nota: