Digi Menawarkan Akses Tiga Bulan Percuma iFlix Untuk Pengguna Prabayar

Digi sebelum ini telah menawarkan langganan iFlix percuma untuk beberapa bulan kepada pengguna pelan pascabayar mereka, dan hari ini Digi dan iFlix turut menawarkan penawaran sama untuk pengguna prabayar.

Melalui penawaran untuk masa terhad ini, pelanggan Digi yang mengaktifkan akan iFlix anda dari hari ini ke 20 September 2016, akan menerima akses tanpa had secara percuma selama 3 bulan – berbanding hanya satu bulan untuk pengguna biasa.

Walaubagaimanapun, penggunaan data untuk perkhidmatan berkenaan adalah dicas secara berasingan. Pengguna perlu mempunyai pelan data sebelum dapat menontonnya, dan kuota data dikira seperti biasa. Pengguna yang ingin menonton iFlix ini diminta untuk mengaktifkannya menggunakan rangkaian Digi mereka, dan kemudian berhubung ke rangkaian WiFi sebelum menonton pelbagai rancangan yang ditawarkan melalui iFlix.

| Artikel penuh | Tech lain


Widget not in any sidebars

Nota: