dherba

Digi Membolehkan Anda Membeli Dari App Store Dan iTunes Menggunakan Bil Telekomunikasi

Digi hari ini mengumumkan yang mana kini para pelanggan Digi – sama ada prabayar atau pascabayar, anda kini boleh membuat pembelian kandungan, aplikasi dan permainan daripada AppStore, Apple Music dan juga iTunes menggunakan akaun Digi.

Ini bermakna, anda tidak lagi memerlukan sebarang kad kredit atau debit untuk melakukan pembelian, sebaliknya boleh mengecas ia terus kepada bil Digi bulanan atau tolak daripada kredit prabayar anda.

Digi mengatakan buat masa ini, pelanggan dihadkan untuk berbelanja sehingga RM500 untuk setiap bulan.

Untuk anda yang menggunakan Digi, anda boleh mencuba fungsi ini hari ini. Kami masih belum berpeluang untuk mengujinya lagi buat masa ini.

| Artikel penuh

| Muka terdahulu | Tech lain