Didik Anak-Anak Akhlak Islam

Fuh.My
Fuh.My – Mencetus Fenomena

Didik Anak-Anak Akhlak Islam | Setiap ibubapa mesti mahu anak mereka bila dah besar perangai baik dan pandai tentang agama Islam. Ibubapa mana yang tidak suka tengok anaknya pandai tentang agama dan berperangai baik ? Jom sama sama kita baca entri di bawah cara Didik Anak-Anak Akhlak Islam :

Riwayat: Bukhari dan Muslim

Hadith: Daripada Abu Hafs ‘Amru bin Abi Salamah  ‘Abdullah bin Abdul Asad anak tiri Rasulullah SAW katanya “Aku seorang kanak-kanak didalam peliharaan Rasulullah SAW dan pada waktu makan tanganku menjemput di sana sini di setiap sudut pinggan maka Rasulullah bersabda, “Wahai anak, bacalah بسم الله  (sebutkan nama Allah ketika hendak makan) dan makanlah dengan tangan kananmu dan hendaklah ambil makanan yang hampir dengan kamu. Selepas itu sentiasalah engkau ikut cara makan (yang ditunjuk oleh Rasulullah)”.

Huraian Hadith:

  1. Rasulullah mengajar umatnya supaya membaca “بسم الله”ketika hendak makan, makan dengan tangan kanan dan mendahului mengambil makanan yang dekat.
  2. Islam menitikberatkan peradaban dalam semua aspek dikalangan umat Islam termasuk adab makan dan sebagainya.
  3. Kita berkewajipan mendidik anak-anak dengan adab-adab dan akhlak Islam dengan memberi tunjuk ajar dan teguran apabila mereka melakukan kesilapan.
  4. Para pendidik hendaklah memberi tunjuk ajar kepada golongan muda dan kanak-kanak apabila ada kesempatan yang sesuai kerana pada keadaan begitu tunjuk ajar adalah lebih berkesan.
  5. Hadis ini juga menunjukkan kepatuhan para sahabat kepada tunjuk ajar Nabi SAW sehingga kanak-kanak dikalangan mereka.

Sumber

Diharapkan agar dengan entri ni ibubapa yang ada anak kecil boleh lah amalkan apa yang telah diberitahu dalam entri diatas. Kepada anak anak yang membaca ni pun mohon tunjuk lah akhlak yang baik kepada ibubapa. Satu hari nanti mana tahu bila korang dah kawin ada anak, dorang pulak akan buat macam tu, “What you give, you get back”.

Incoming search terms:

If you enjoyed this post, you should read this: Menakjubkan! Lempar Air Panas ke Udara Bertukar Menjadi Awan

Didik Anak-Anak Akhlak Islam
Beki Mustaffa

Nota: