Didakwa pecah amanah RM18 juta

Utama

hafizee@hmetro.com.my

Ipoh: Bekas pengurus kilang getah milik Perbadanan Kemajuan Getah Malaysia (MARDEC) didakwa di Mahkamah Sesyen Ipoh, hari ini, atas dua pertuduhan pecah amanah membabitkan kerugian lebih RM18 juta kepada perbadanan itu antara 2011 hingga 2012.

Tertuduh Muhammad Faizal Sudin, 39, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim S Indra Nehru.

Menurut pertuduhan pertama, Muhammad Faizal didakwa sebagai ejen iaitu Pengurus Kilang Syarikat Mardec Processing Sdn Bhd melakukan pecah amanah ke atas harta sebanyak RM767,466 yang diamanahkan kepadanya di Kilang Getah Mardec, Mardec Processing Sdn Bhd, Bota Kanan pada Ogos hingga Disember 2011.

Pertuduhan kedua pula, dia didakwa melakukan pecah amanah ke atas harta sebanyak RM17.4 juta yang diamanahkan kepadanya di kilang sama pada Januari hingga Oktober 2012.

Bagi kedua-dua pertuduhan itu dia didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan sebat serta boleh juga dikenakan denda.

Indra Nehru kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM400,000 untuk kedua-dua pertuduhan dengan dua penjamin termasuk syarat tambahan iaitu perlu menyerahkan pasport dan melaporkan diri di balai polis sekali sebulan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwaraya, Datin Nurshuhaida Zainal Azahar manakala tertuduh diwakili peguam Saiful Ambar Abdullah Ambar.

Hakim menetapkap sebutan semula kes pada 25 November ini.

Image: 
Mohd Hafizee Mohd Arop

Ipoh: Bekas pengurus kilang getah milik Perbadanan Kemajuan Getah Malaysia (MARDEC) didakwa di Mahkamah Sesyen Ipoh, hari ini, atas dua pertuduhan pecah amanah membabitkan kerugian lebih RM18 juta kepada perbadanan itu antara 2011 hingga 2012.

| Berita penuh | Berita lain


Widget not in any sidebars

Nota: