Detroit: Become Human – Dystopia Manusia Dan Android Di Masa Hadapan

Quantic Dream ialah sebuah studio yang terkenal dengan permainan-permainan video seperti Heavy Rain dan Beyond Two Souls yang menekankan naratif jalan cerita yang kompleks dan watak-watak yang cukup menarik sekali.

Detroit: Become Human merupakan permainan video pertama di mana nampaknya syarikat tersebut akan menggabungkan juga genre Action-Adventure untuk menunjukkan pertelagahan diantara pihak manusia dan android.

 

Jalan cerita Detroit: Become Human berkisar sekitar seorang android yang bernama Marcus yang menyedari bahawa dirinya hanya digunakan untuk kepentingan manusia, dan kini memberontak untuk membebaskan rakan-rakan androidnya daripada cengkaman manusia.

Melalui trailer yang ditunjukkan sewaktu acara pengumuman Sony, Detroit: Become Human bukan sahaja akan memberi anda pilihan untuk menetapkan jalan cerita dan mempengaruhi dunia permainan video tersebut, sama seperti permainan-permainan video Quantic Dream yang lepas, tetapi juga babak-babak aksi yang cukup menarik.

Buat masa ini, pihak Quantic Dream masih lagi belum mengumumkan tarikh pelancaran permainan video ini, tetapi telah menyatakan bahawa ia hanya akan hadir secara eksklusif untuk konsol Sony PlayStation 4.

| Artikel penuh

| Muka terdahulu | Tech lain

Nota: