Dell Mengemaskini XPS 13 Dengan Cip Intel Kaby Lake Dan Pilihan Warna Merah Jambu Emas

Dengan pengenalan cip pemprosesan Intel Core generasi ketujuh, pelbagai pengeluar komputer telah memulakan proses kemaskini untuk komputer riba mereka. Terkini, pihak Dell turut melakukan perkara sama untuk komputer riba dengan rekaan elegan mereka, Dell XPS 13.

Dell XPS 13 hadir dengan rekaan bezel yang sangat nipis, sekaligus menjadikan saiz komputer riba ini lebih kompak berbanding komputer riba dengan skrin 13-inci yang lain.

Dengan kemaskini ini, ia turut menyertakan masa penggunaan bateri yang leih lama – iaitu sehingga 22 jam lamanya. Penguna juga turut disediakan dengan sokongan Thunderbolt 3, selain hadir dengan pilihan skrin 1080p atau 4K.

Bersama-sama kemaskini cip pemprosesan ini, pihak Dell turut memperkenalkan pilihan warna merah jambu emas untuk komputer riba XPS 13 ini.

Model baru ini akan dijual di Amerika Syarikat bermula bulan hadapan, dan mungkin akan ditawarkan di Malaysia tidak lama selepas itu.

| Artikel penuh | Tech lain


Widget not in any sidebars

Nota: