Dell Mengemaskini Keluarga Tablet Venue 7 Dan Venue 8

Bersempena dengan Computex 2014, pihak Dell turut tidak ketinggalan, dimana mereka telah memperlihatkan beberapa produk baru daripada mereka. Menarik perhatian ramai adalah dua tablet yang menerima kemaskini daripada Dell, iaitu tablet Venue 7 dan 8.

Dell Venue Android

Dell Venue 7 dan Dell Venue 8 yang diperkenalkan hari ini adalah versi kemaskini kepada keluarga Venue sedia-ada. Dell Venue 7 hadir dengan paparan HD, sementara Dell Venue 8 pula hadir dengan paparan HD penuh. Kedua-duanya menggunakan cip Intel Atom terkini, dan tablet ini dilihat memfokuskan kepada tawaran menikmati kandungan multimedia dengan menarik melaluinya.

Melengkapkan tablet ini adalah termasuk teknologi audio daripada Waves MAXXAudio, yang mana dikatakan membawakan sokongan audio yang baik melaluinya.

Dell akan menawarkan ia melalui Dell Online Store bermula 1 Julai di beberapa buah negara. Tarikh pasti untuk tawaran di Malaysia masih tidak diketahui lagi buat masa ini.

Nota: