Dell Malaysia Mengemaskini Siri Inspiron – Hadir Dengan 4 Laptop & 2 AIO

Dell yang menghasilkan komputer siri Inspiron merupakan siri komputer yang disasarkan khusus untuk kegunaan pelajar dan keluarga. Pada satu acara media harini Dell Malaysia telah mengemaskini keluarga Inspiron mereka dan hadir dengan 4 variasi laptop dan 2 variasi komputer semua dalam satu (AIO / All-in-One).

IMG_6168

Laptop yang diperkenalkan Dell Malaysia adalah Inspiron 3000 dan Inspiron 5000 dan kedua-duanya hadir dalam pilihan saiz 14 inci dan 15 inci. Siri Inspiron 3000 merupakan siri asas dan mempunyai pilihan cip pemprosesan Intel Core i3 dan Intel Core i5, pemacu DVD, kapasiti storan 500GB dengan pilihan storan sehingga 1TB, 8GB DDR3 RAM kad grafik terbina Intel HD Graphics 4000 dan beroperasi menggunakan Windows 8. Terdapat banyak pilihan penaiktarafan yang boleh dipilih semasa membeli model ini pada laman web mereka.

IMG_6155

Siri Dell Inspiron 5000 pula merupakan model yang hadir dengan spesifikasi tinggi dengan dua pilihan saiz 14 inci dan 15 inci. Ia turut menyertakan papan kekunci berlampu dan paparan skrin sentuh untuk model bersaiz 15 inci. Ia juga hadir dalam kemasan aluminium dan mempunyai masa bertahan yang lama. Antara spesifikasi Dell Inspiron 5000 termasuklah pilihan cip pemprosesan Intel Core i5 dan Intel Core i7, RAM 16GB DDR3, kapasiti storan 500GB dengan pilihan storan sehingga 1TB, dan beroperasi menggunakan Windows 8.

IMG_6174 copy

Dell Inspiron 20 & Dell Inspiron 23 pula merupakan siri komputer semua dalam satu dan hadir dengan saiz 20 inci dan 23 inci. Siri 20 inci mempunyai paparan skrin bersaiz 19 inci, RAM 4GB DDR3, cip Intel Core i3, kad grafik AMD Radeon R5 A240, dan kapasiti storan 500GB. Seperti biasa spesifikasi ini boleh dinaiktaraf mengikut pilihan. Siri 23 inci mempunyai paparan skrin 23 inci Full HD, cip Intel Core i5, kad grafik AMD Radeon R7 A265 dan storan sehingga 1TB.

Kesemua model Dell ini boleh dibeli di laman web mereka dan mempunyai pelbagai pilihan yang boleh dinaiktaraf. Harga setiap model adalah

  • Inspiron 3000 14 inci: Bermula RM 1,299
  • Inspiron 3000 15 inci: Bermula RM 1,499
  • Inspiron 5000 14 inci: Bermula RM 2,099
  • Inspiron 5000 15 inci: Bermula RM 2,349
  • Inspiron 3000 20 (AIO): Bermula RM 1,799
  • Inspiron 5000 23 (AIO): Bermula RM 3,799

Nota: