Dell Malaysia: 5 Trend ICT Pada 2014

Hampir sebulan berlalu untuk tahun 2014. Dan dalam sebulan ini jugalah banyak pengumuman serta pendedahan teknologi baru diumumkan. Bermula dengan CES 2014, dunia teknologi pada tahun ini semestinya akan bertambah rancak dengan kepelbagaian peranti, serta kebolehupayaan pengilang serta syarikat elektronik menghasilkan teknologi baru berkat daripada program kajian mereka. Terbaru, pada minggu lepas pihak Dell Malaysia oleh KT Ong, pengurus bahagian konsumer dan komersial, telah berkongsi dengan kami mengenai 5 trend yang dijangka akan hangat pada tahun ini.

Satu Awan Tidak Memenuhi Semua

cloud-computingSekiranya anda biasa dengan perkhidmatan berasaskan awan, pasti salah satu perkara yang diutamakan adalah kapasiti storan. Kapasiti storan merupakan tarikan paling utama apabila pengguna ingin mendaftar storan awan, namun terdapat pelbagai syarat serta terma yang ditetapkan, contohnya kapasiti 50GB yang disediakan hanya sah untuk tahun pertama langganan. Hal ini sudah tentu menjadi masalah. Ataupun khidmat storan percuma tidak menyediakan fungsi salinan pelbagai versi (versioning). Dan setiap perkhidmatan storan awan membawakan fungsi berbeza.

KT Ong juga turut menyatakan teknologi awan sekarang sudah mencapai tahap matang, namum syarikat mungkin baru menyedarinya dan perlunya mereka untuk mempunyai strategi implementasi untuk teknologi awan. Adakah perkhidmatan mereka seharusnya dihoskan oleh server awam? Atau perlu berbelanja untuk mendapatkan server yang khusus. Semestinya ia menimbulkan persoalan buat teknologi awan namun cabaran ini dilihat dapat mematangkan syarikat dalam mengadaptasi teknologi tersebut dalam urusan seharian.

CYOD – “BYOD baru”

Mungkin ramai yang biasa mendengar akronim BYOD, Bring Your Own Device, yang membolehkan pekerja menggunakan peranti mereka untuk melengkapkan kerja mereka. Istilah ini juga digunakan oleh syarikat yang mempunyai pekerja yang lebih selesa menggunakan komputer bimbit mereka berbanding komputer syarikat. Menurut Dell, trend ini bakal digantikan dengan Choose Your Own Device atau singkatannya CYOD.

DSC00608

CYOD adalah tawaran dari syarikat terhadap pekerja untuk peranti yang mereka inginkan. Melalui trend sebegini, syarikat akan mempunyai pelbagai peranti yang menepati kriteria yang mereka inginkan, dan memberikan pilihan kepada pekerja untuk memilih peranti yang akan digunakan untuk urusan kerja. Sekiranya melalui BYOD, syarikat mungkin mempunyai masalah untuk memasang aplikasi tertentu, konsep CYOD sudah tentu melenyapkan permasalahan sebegini disamping membantu integrasi antara setiap peranti milik syarikat.

Beralih Dari Transaksi Kepada Perhubungan Digital Melalui Media Sosial

Berbanding dahulu, maklumat serta minat pengguna sekarang boleh diketahui dan difahami dengan lebih mudah kerana media sosial telah memainkan peranannya dalam menghubungkan pengguna dan syarikat. Maklum balas yang diterima pantas, disamping membantu syarikat mencari sasaran pengguna dengan mudah. Hal ini merupakan perkara yang tidak boleh dipandang enteng kerana media sosial merupakan salah satu medium perhubungan antara syarikat dan pelanggan.

Analisis “Big Data” Lebih Dipermudahkan

Data merupakan emas pada zaman ini. Dengan banyaknya data tersedia, keupayaan mesin untuk menganalisa dan pemprosesan data merupakan cabaran tertinggi. Dan biasanya modal yang diperlukan untuk sesuatu mesin penganalisa data yang pantas adalah tinggi dan diluar kemampuan syarikat. Oleh kerana semakin banyak teknologi baru yang muncul, proses untuk menganalisis data juga menjadi semakin murah dan mudah.

feat-hed-mobileApabila teknologi sebegini menjadi murah dan mudah, syarikat kecil juga boleh menganalisis prestasi mereka dan sekaligus membantu perniagaan mereka. Analisis data ini juga kebanyakannya sekarang ini hadir pada harga berpatutan disamping lebih mudah terutamanya untuk mereka yang tidak arif berkenaan komputer.

Sekuriti Menjadi Teras Strategi Perniagaan

Dahulu di dalam sesuatu organisasi, sekuriti boleh dikatakan sebagai sesuatu komponen yang penting namun diletakkan berasingan dengan bahagian lain. Menurut KT Ong, sekuriti pada zaman kini, yang mana risiko semakin besar, isu sekuriti perlu menjadi satu bahagian terpenting malahan merangkumi pada semua tahap dan aspek. Sekuriti perlu meliputi kesemua fungsi yang disediakan syarikat dan memastikan kesemua data selamat, tanpa mengira data tersebut di rangkaian, pada teknologi awan, mahupun data pada peranti kepunyaan pelanggan.

Jadi, apa pendapat anda dengan trend yang dinyatakan diatas? Kongsikan pandangan anda dengan kami, masih ada 11 bulan sebelum kita berjumpa dengan tahun 2015.

Nota: