Untuk penggemar tema putih, ruang tamu rumah mewah di Park City di Amerika Syarikat ini mungkin boleh menjadi inspirasi.
Rumah ini dikatakan bernilai RM26.6 juta. Ketika artikel ini ditulis, pelakon popular barat, Drew Barrymore dan suaminya, Will Kopelman dilapor berminat untuk membeli kediaman ini.
Bagi masyarakat Barat, warna putih dianggap sesuatu yang menenangkan, dingin dan abadi kerana dikaitkan dengan kemulusan kepingan salji. – inimajalah.com
