Defender : Penyembur Lada Hitam Anti Cabul Pintar

Kes cabul dan bunuh Canny Ong pada tahun 2003 dan Suzaily Mokhtar pada tahun 2000 menggemparkan negara. Kes mereka membuatkan wanita di Malaysia takut untuk keluar bersendiri. Di dalam kes Canny Ong, kematian beliau menyebabkan berlakunya penambahbaikan sistem kawalan kawasan letak kereta. Kini jika anda ke pusat membeli belah utama terdapat pegawai keselamatan yang ditempatkan bagi memastikan perogol tidak boleh keluar dari kompleks membeli belah dan menjadikan anda tebusan. Alhamdulillah dua kes besar seperti ini tidak lagi berlaku.

Tetapi ini tidak bermakna kita semua boleh santai dalam menjaga keselamatan diri. Penjahat sentiasa mencari ruang lolos untuk memuaskan nafsu mereka. Defender ialah penyembur anti cabul pintar pertama di dunia. Berbeza dengan penyembur lada hitam yang sudah terjual sekarang ialah ia mempunyai kamera, sistem penggera dan aplikasi telefon pintar terbina. Penyembur lada hitam anti cabul ini ditambat kepada peranti pintar anda secara Bluetooth.

The-Defender-Smart-Personal-Protection-672x372

Apabila penyembur ini digunakan ia akan secara automatik merakan gambar dan video penyerang yang disembur. Pada waktu yang sama penggera akan berbunyi dam aplikasi telefon pintarnya akan menghubungi pihak berkuasa lengkap dengan koordinat GPS anda. Ini adalah inovasi yang baik kerana kerap kali semburan lada hitam tidak memandai untuk menghentikan serangan. Sinergi semburan, penggera dan melakukan panggilan kepada pihak berkuasa diharap dapat mengurangkan risiko penyerang dapat melepaskan diri.

Sumber Defender

 

Nota: