Debu Gunung Berapi Sinabong Akan Mengakibatkan Jerebu

Fuh.My
Fuh.My – Mencetus Fenomena

Debu Gunung Berapi Sinabong Akan Mengakibatkan Jerebu | Mohon ibubapa atau cikgu cikgu yang sedang membaca entri ini, mohon ambil inisiatif untuk anak-anak atau murid murid di sekolah supaya lebih berhati hati kerana Debu Gunung Berapi Sinabong Akan Mengakibatkan Jerebu di Semenanjung Malaysia.

Debu Gunung Berapi Sinabong Akan Mengakibatkan Jerebu

KUALA LUMPUR – Jabatan Alam Sekitar (JAS) memberi amaran debu-debu gunung berapi dari Sinabung di Sumatera Utara pada 2 Februari lalu berkemungkinan memasuki kawasan Selatan Semenanjung Malaysia dalam masa terdekat.

Ia berikutan sehingga pada jam 6 petang semalam, 3 Februari 2014, terdapat pergerakan angin barat laut dari lokasi kejadian yang berkemungkinan membawa bersama debu-debu gunung berapi tersebut ke kawasan

“Keadaan ini diramalkan akan berterusan sehingga 6 Februari 2014 dan berpotensi menyebabkan gangguan kepada operasi penerbangan dan mengurangkan jarak penglihatan dalam negara,” kata kenyataan itu hari ini.

JAS turut memaklumkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) yang direkodkan pada pukul 11 pagi ini menunjukkan sebanyak 38 kawasan mencatatkan status kualiti udara pada tahap baik,

Manakala, sebanyak 14 kawasan mencatatkan status kualiti udara pada tahap sederhana dan tiada kawasan yang mengalami bacaan IPU tidak sihat.

JAS turut memaklumkan tiada perubahan tren kualiti udara dikesan di seluruh negara bagi pencemar habuk halus PM10 (Particulate Matter of less than 10 micrometer in diameter) dan juga bagi pencemar sulfur dioksida (SO2) dikesan sehingga ke tarikh hari ini.

Tambah kenyataan itu, JAS akan sentiasa memantau dengan rapi perkembangan status kualiti udara dari semasa ke semasa dan akan memaklumkan sebarang perubahan signifikan yang berlaku.

“Maklumat mengenai status kualiti udara dan bacaan IPU setiap jam boleh didapati melalui laman web kami di http://www.doe.gov.my,” kata kenyataan itu. – Mynewshub.my

Sumber

Incoming search terms:

If you enjoyed this post, you should read this: Artikel

Debu Gunung Berapi Sinabong Akan Mengakibatkan Jerebu
Beki Mustaffa

Nota: