Debaran berakhir

Utama

nurulhuda_kosnon@hmetro.com.my

Kapar: Debaran pasangan pengantin untuk meraikan hari bahagia mereka berakhir apabila majlis berjalan lancar tanpa sebarang halangan termasuk kediaman dilimpahi air di Jalan Sungai Gelama, Kampung Tok Muda, di sini, hari ini.

Ia berikutan pihak berkuasa sebelum ini menjangkakan kawasan itu dilanda banjir kilat berikutan air pasang besar berlaku pada awal pagi tadi.

Pasangan Juniharyono Jakpar, 26, dan Izzati Khafawati Osman, 24 bersyukur selepas majlis meraikan hari bahagia mereka berlangsung dengan lancar dan meriah apabila dihadiri kira-kira 1,300 tetamu jemputan.

Juniharyono yang juga seorang jurukimpal berkata, dia teruja untuk terus mengadakan majlis perkahwinan ini berikutan ia sudah dirancang kira-kira setahun lalu dan kad jemputan sudah diedarkan kepada orang ramai.

“Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan cuaca juga dalam keadaan baik biarpun sedikit mendung.

“Tetamu yang datang juga ramai.

“Setiap saat hati saya berdebar menanti dan sentiasa berdoa supaya dijauhi daripada musibah sepanjang berlangsungnya majlis ini,” katanya.

Sementara itu, Orliyah Salleh, 46, iaitu ibu kepada Juniharyono berkata, hampir setiap saat dia berdoa agar majlis perkahwinan anak lelakinya berlangsung dengan lancar.

“Syukur, setakat ini tiada sebarang masalah malah saya ibarat tidak cukup tangan menerima tetamu yang datang sejak 10 pagi tadi.

“Selepas selesai majlis ini saya dan beberapa keluarga akan berpindah ke pusat pemindahan untuk mangsa banjir di Dewan Kampung Tok Muda,” katanya.

Menurutnya, Juniharyono akan tinggal sementara waktu di kediaman keluarga menantunya di Klang sehingga keadaan di sini pulih.

Katanya, anak ketiga, Mohd Hakiki Jakpar, 17, dan anak bongsu Nor Intan Jakpar,12, sudah mula berpindah malam tadi di pusat pemindahan yang disediakan.

Terdahulu, beberapa rumah di daerah kapar dinaiki air selepas benteng yang dibina di kawasan itu pecah ketika fenomena air pasang besar pada 5 pagi tadi.

Image: 
Nurul Huda Kosnon

Kapar: Debaran pasangan pengantin untuk meraikan hari bahagia mereka berakhir apabila majlis berjalan lancar tanpa sebarang halangan termasuk kediaman dilimpahi air di Jalan Sungai Gelama, Kampung Tok Muda, di sini, hari ini.

| Berita penuh | Berita lain


Widget not in any sidebars

Nota: