Datuk Harun Taib Meninggal Dunia

Fuh.My
Fuh.My – Mencetus Fenomena

Datuk Harun Taib Meninggal Dunia | Assalamualaikum dan selamat sejahtera diucapkan kepada para pembaca Yang dikasihi sekalian. Baru petang tadi Dr Fuh dapat berita Datuk Harun Taib tidak sedarkan diri. Malam tadi gempar Datuk Harun Taib Meninggal Dunia. Takziah kepada keluarga Allahyarham. Sama-sama kita hadiahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham. Semoga beliau ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

Datuk Harun Taib Meninggal Dunia

Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib dilaporkan telah meninggal dunia pada jam 12.00 tgh malam tadi semasa dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu. Setakat ini belum diketahui apakah punca beliau meninggal dunia, cuma dilaporkan sebelum ini bahawa beliau mengalami masalah kesihatan.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Fatimah Ibrahim dan lima anak.

Perkara tersebut dimaklumkan melalui pesanan ringkas oleh anaknya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manir Ustaz Hilmi Harun.

Beliau dilaporkan  tidak sedarkan diri sejak dimasukkan ke hospital petang semalam.

Sementara itu, Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Harun Din yang sebelum ini dilaporkan kritikal  kini berada dalam keadaan stabil. Beliau dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) sejak semalam.

If you enjoyed this post, you should read this: Product

Datuk Harun Taib Meninggal Dunia
Dr Fuh

Nota: