Dari Pembaca : Pandang Pertama Windows 8.1 Update 1 (Versi Tertiris)

Perkongsian daripada saudara Farid Tasim untuk rujukan bersama-sama pembaca Amanz lain.

Bagi yang mengikut perkembangan sistem operasi Windows, semestinya tahu berkenaan dengan Microsoft yang sedang dalam proses pembangunan Windows 8.1 Update 1 dan dijangka akan diperkenalkan kepada umum sekitar bulan April kelak.

Seperti versi-versi Windows sebelum ini, versi pembangunan awalnya (bukan versi akhir) dilihat telah tertiris ke arena web, sekaligus memperlihatkan beberapa perkara baru yang akan disertakan bersama-sama dengannya.

Bagi penulis yang telah mengikuti perkembangan Windows sejak Windows XP, Windows Vista, Windows 7 dan Windows 8 – berpendapat bahawa Windows 8 merupakan sistem operasi yang lebih baik daripada Windows terdahulu, termasuk jikalau dibandingkan dengan Windows 7.

Berikut merupakan antara perkara baru dan perubahan yang didapati oleh penulis pada Windows 8.1 Update 1:

Butang untuk ‘Sleep’,’Shutdown’ dan ‘Restart’ terletak pada bahagian kiri atas di Start Screen

Windows 8.1 Update 1

4 pemilihan size untuk tiles iaitu ‘Small’,’Medium’,’Wide’ dan ‘Large’. Boleh diakses dengan klik-kanan pada tiles.

Windows 8.1 Update 1

Aplikasi Metro Windows 8 boleh dipinkan ke ‘Taskbar’

Windows 8.1 Update 1

Paparan saiz ‘Hardisk drive’ terdapat pada ‘PC Setting’

Windows 8.1 Update 1

Perubahan daripada SkyDrive kepada OneDrive

Windows 8.1 Update 1

Windows 8.1 Update 1

Lain-lain

Antara perkara lain yang turut didapati adalah pengenalan ‘boot’ ke ‘Modern UI’ atau ke halaman ‘desktop’, kemaskini kepada gambar latar, dan beberapa perkara yang lain.


Namun,bagi pengguna Windows lain yang mengharapkan ‘Start Menu’ agar kembali nampaknya masih tiada sebarang perubahan pada versi tertiris ini. Terdapat khabar angin mengatakan bahawa versi akhir mungkin akan terdapat ‘Start Menu’.

Perkongsian daripada saudara Farid Tasim untuk rujukan bersama-sama pembaca Amanz lain.

Nota: