Dari Pembaca : Apa Yang Baru Pada Lumia Black Di Nokia Lumia 720

Nukilan Fahim Zahar untuk Amanz. Ikuti beliau di Twitter @fahim_zahar.

Salam sejahtera. Ini adalah ulasan ringkas berkaitan dengan peranti Nokia Lumia 720 yang telah dikemaskini dengan Lumia Black. Kemaskini Lumia Black telah diperkenalkan oleh Nokia untuk pengguna Lumia 720 pada penghujung minggu yang lepas, dimana bersama-sama dengannya, ia menyertakan beberapa fungsi baru untuk pengguna Lumia 720.

Bagi sesiapa yang ada akaun pembangun dari Microsoft anda mungkin telah menerima beberapa fungsi dari Lumia Black yang tiada pada kemaskini Lumia Amber.

Jadi, apakah perkara baru pada kemaskini Lumia Black yang hadir untuk pengguna Nokia Lumia 720?

Nokia Glance 2.0 – kini anda boleh mengubah warna paparan ‘glance screen‘ dan juga memaparkan ‘teks’ serta paparan notifikasi. Agak sedih tiada sokongan paparan ‘pedometer’ kerana sokongan ini hanya terdapat pada Nokia Lumia 1520 sahaja.

Lumia 720 Black

Bluetooth 4.0 LE – dengan kemaskini ini anda boleh menggunakan fungsi Bluetooth yang lebih pantas serta menjimatkan bateri. Ini sesuai untuk mereka yang selalu menggunakan fon kepala ataupun peranti yang disambungkan melalui sokongan Bluetooth seperti speaker dan beberapa yang lain.

Nokia Story Teller – Lebih kurang seperti Samsung Story Album. Aplikasi ini menyusun gambar anda mengikut tarikh dan lokasi. Lokasi gambar hanya akan muncul jika pengguna mengambil gambar dengan mengaktifkan fungsi GPS sahaja. Ia kemudiannya memudahkan anda untuk mengembalikan memori silam anda, terutamanya mengikut lokasi.

Lumia 720 Black

Driving Mode – memudahkan pengguna yang selalu memandu sambil menggunakan fon kepala. Ia membolehkan anda mengikut beberapa perkembangan, disamping tidak menganggu anda ketika memandu. Ia hanya boleh ditetapkan dan digunakan sepenuhnya sekiranya peranti anda dihubungkan kepada fon kepala.

Nada Dering – Pengguna boleh memilih nada dering mengikut kegemaran anda, dimana anda boleh memilihnya daripada simpanan koleksi pada peranti Lumia anda, ataupun mengubah-suai sesuatu lagu dengan menggunakan aplikasi Ringtone Maker oleh Nokia.

Screen Rotation – juga salah satu fungsi yang menarik pada kemaskini Lumia Black. Kini anda boleh mengawal sama ada ingin mengaktifkan ataupun nyah-aktifkan fungsi ini. Salah satu fungsi yang menarik sekiranya anda sering menggunakan peranti ketika berbaring dan sebagainya.

Lumia 720 Black

Storage Check – juga telah dioptimasikan agar ia berfungsi dengan lebih lancar dan masa pemuatan yang lebih pantas berbanding kebiasaan.

Multitasking – Kini, anda boleh mematikan ataupun menamatkan sesuatu aplikasi dengan hanya menekan ikon pangkah yang muncul selepas anda menekan butang “Back” untuk seketika.

Beberapa perubahan pada Settings – Salah satunya adalah dimana pengguna boleh mematikan sokongan getaran pada peranti ketika anda menekan butang “Start” atau butang “Back” pada peranti.

Lain-Lain – Beberapa perubahan tambahan yang lain turut disertakan pada kemaskini ini, termasuk pada bahagian perkongsian internet, selain peranti dilihat lebih lancar berbanding sebelumnya.

Nukilan Fahim Zahar untuk Amanz. Ikuti beliau di Twitter @fahim_zahar.

Nota: