Daimler Memperlihatkan Trak Mercedes-Benz Dengan Sokongan Pemanduan Automatik

Kita telah sedia melihat kereta yang dipandu secara automatik beberapa kali daripada beberapa pengeluar. Kini, pihak Daimler dilihat melangkah setapak kehadapan dengan memperlihatkan trak yang dipandu secara automatik – dikenali sebagai Mercedes-Benz Future Truck 2025.

Berbeza dengan kereta yang dipandu automatik, untuk trak yang dipandu automatik ini, ia memfokuskan kepada pemanduan ketika dilebuh-raya sahaja. Sebaik sahaja pemandu memasuki lebuh-raya, mereka boleh mengaktifkan sokongan pemanduan automatik apabila mencapai kelajuan tertentu, dan sistem pemanduan automatik akan mengambil-alih pemanduan trak berkenaan.

Daripada apa yang dikongsikan Daimler, sistem tersebut dikatakan boleh memberikan respon kepada pelbagai perkara, termasuk kenderaan-kenderaan berhampiran. Dan sekiranya terdapat kenderaan kecemasan, trak ini akan ke tepi secara automatik.

Daimler mengatakan ia bersesuaian dengan pemanduan jarak-jauh, selain memudahkan pemandu untuk membuat beberapa perkara lain termasuk perancangan penghantaran dan sebagainya.

Seperti biasa, ia masih lagi pada peringkat prototaip buat masa ini, dan perlu melalui pelbagai fasa dan mendapat kebenaran pihak berkuasa sebelum ia dipasarkan kepada umum.

Nota: