Dah ada mangsa jangkitan Zika tempatan

Utama

ardyhansah@hmetro.com.my

Kota Kinabalu: Seorang lelaki berusia 61 tahun disahkan menjadi mangsa jangkitan virus Zika tempatan pertama negara, di sini, semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, mangsa menetap di Taman Public Jaya Likas, mulademam pada 27 Ogos lalu sebelum mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Luyang tiga hari kemudian.

“Bagaimanapun, mangsa kemudian mengalami demam yang teruk, sakit otot dan diarrhea pada Rabu lalu lalu sebelum dihantar Hospital Queen Elizabeth II untuk rawatan lanjut.

“Ujian makmal yang dijalankan ke atas darah dan air kencing mangsa menunjukkannya positif Zika,” katanya menerusi kenyataan media, di sini, hari ini.

Menurutnya, pihaknya kini sedang menyiasat lanjut perkara tersebut termasuk rekod perjalanan pesakit sebelum menghidap demam panas.

“Siasatan awal mendapati mangsa tidak ke luar negara, seperti yang berlaku ke atas mangsa virus Zika di Klang sebelum ini,” katanya.

Image: 
Ardyhansah Amat

Kota Kinabalu: Seorang lelaki berusia 61 tahun disahkan menjadi mangsa jangkitan virus Zika tempatan pertama negara, di sini, semalam.

| Berita penuh | Berita lain


Widget not in any sidebars

Nota: