Dadah RM1.23 juta dirampas

Utama

maryvictoria@hmetro.com.my

Johor Bahru: Polis Johor merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM1.23 juta di sebuah pangsapuri di Taman Mount Austin di sini, malam tadi.

Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Zakaria Ahmad berkata, rampasan itu susulan tangkapan seorang lelaki Singapura berusia 56 tahun di Taman Daya pada 9.15 malam dan dia didapati memiliki 27 gram syabu sebelum polis memeriksa tempat tinggalnya.

Menurutnya, polis merampas 5.8 kilogram syabu, 5,536 pil ekstasi, 565 gram ketamin, 200 pil erimin 5, 220 gram heroin, 35 gram serbuk ekstasi, peralatan membungkus dadah dan wang tunai RM7,000.

“Dadah berkenaan boleh menampung bekalan untuk 36,150 penagih.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan,” katanya.

Image: 
Mary Victoria Dass

Johor Bahru: Polis Johor merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM1.23 juta di sebuah pangsapuri di Taman Mount Austin di sini, malam tadi.

| Berita penuh | Berita lain


Widget not in any sidebars

Nota: