Cruise Tasik Putrajaya Beri Suasana Yang Menenangkan

Fuh.My
Fuh.My – Mencetus Fenomena

Cruise Tasik Putrajaya Beri Suasana Yang Menenangkan | Menaiki Cruise merupakan idaman kebanyakan orang yang ingin lari dari kesibukan kerja untuk menenangkan fikiran serta merehatkan badan. Namun bukan semua orang mampu menaiki cruise yang kebanyakannya menawarkan harga yang agak tinggi.

Namun demikian, dengan Cruise Tasik Putrajaya, segala impian untuk menaiki cruise mungkin menjadi realiti. Dengan harga serendah RM15, anda berpeluang merasai perjalanan di dalam sebuah cruise selama 1 jam 30 minit sambil menikmati beberapa perkhidmatan dan juga merasai makanan enak yang dihidangkan di dalam cruise tersebut.

Diantara perkhidmatan yang menarik perhatian Dr Fuh adalah perkhidmatan Urutan Spa Kaki yang dikendalikan oleh sebuah syarikat Spa yang berpengalaman iaitu Seri’s Spa. Walaupun Dr Fuh tak sempat merasai urutan kaki ni, tapi response dari rakan-rakan Dr Fuh sendiri mengatakan sangat bagus. Jadi Dr Fuh pasti akan mendapatkan perkhidmatan itu nati!

cruise tasik putrajaya urut Cruise Tasik Putrajaya Beri Suasana Yang Menenangkan

Penumpang sedang menikmati perkhidmatan urut spa kaki oleh Seri’s Spa. Gambar – Tatie

Dalam tempoh tertentu, penumpang akan dibawa mengelilingi tasik dan juga menghayati pemandangan beberapa tempat menarik seperti Perdana Putra, Masjid Putra, Darul Ehsan Palace, Millennium Monument, Masjid Tuanku Mizan, Jambatan Monorel, Marina Putrajaya, Jambatan Seri Gemilang, Taman Wawasan, Jambatan Seri Saujana, Putrajaya International Convention Centre (PICC), Seri Satria dan banyak lagi.

Banyak tu, memang berbaloi. Rugi kalau datang Putrajaya tanpa menaiki Cruise yang disediakan ini. Tak lengkap beb! Berikut adalah sedikit sebanyak pakej yang ditawarkan oleh Cruise Tasik Putrajaya ni:

Public Dining Cruise

dining cruise tasik putrajaya Cruise Tasik Putrajaya Beri Suasana Yang Menenangkan

Sightseeing & Chartered

Sightseeing Chartered 1 Cruise Tasik Putrajaya Beri Suasana Yang Menenangkan Sightseeing Chartered 2 Cruise Tasik Putrajaya Beri Suasana Yang Menenangkan Sightseeing Chartered 3 Cruise Tasik Putrajaya Beri Suasana Yang Menenangkan Sightseeing Chartered 4 Cruise Tasik Putrajaya Beri Suasana Yang Menenangkan

Jadi, kalau korang nak tau maklumat lanjut tentang Cruise Tasik Putrajaya ni korang boleh lawati laman rasmi http://www.cruisetasikputrajaya.com/.

Incoming search terms:

If you enjoyed this post, you should read this: Sebab Jadi Cantik Itu Tidak Selamanya baik

Cruise Tasik Putrajaya Beri Suasana Yang Menenangkan
Dr Fuh

Nota: