Contoh terindah [METROTV]

Utama

am@hmetro.com.my

Makkah: “Saya tersentuh hati melihat jemaah kehausan lalu saya terus beli dan beri air sejuk pada mereka di sekitar khemah Mina.”

Berikut adalah kata Humaidi Mat Jahya berusia 28 tahun yang juga ketua pengurusan haji sebuah agensi ketika melaksanakan rukun Islam kelima di sini.

Melihat keadaan itu sekaligus membuatkan dia terpanggil untuk memberikan ‘tauzik’ yang membawa maksud agihan air sejuk percuma kepada yang memerlukan.

Anak muda berasal dari Kuala Lumpur itu berkata, bulan Zulhijjah ini kita mesti memperbanyakkan amal kebajikan, lebih-lebih lagi ketika kita melengkapkan rukun haji di Arafah.

Menurutnya, ‘tauzik’ ini menjadi kebiasaan pada musim haji tanda kasih sayang sesama Muslim.

“Saya teringat satu hadis Rasulullah, sebaik-baik sedekah adalah memberi minuman,” katanya yang merujuk kepada hadis sahih Ibnu Hibban.

Katanya, dia kagum dengan jemaah yang sanggup berjalan sejauh 5 kilometer dari penginapan mereka.

“Kasihan melihat mereka yang tetap berjalan walaupun waktu tengah hari dan panas terik sedangkan penginapan mereka sangat jauh berbanding jemaah haji Malaysia yang lain,” katanya.

Image: 
Image: 
Mior Azlan Mior Kamarulbaid

Makkah: “Saya tersentuh hati melihat jemaah kehausan lalu saya terus beli dan beri air sejuk pada mereka di sekitar khemah Mina.”

Agih air sejuk kepada jemaah kehausan

| Berita penuh | Berita lain


Widget not in any sidebars

Nota: