Cip Exynos Terbaru Daripada Samsung Menyertakan Sokongan LTE Secara Terbina

Sehingga kini, boleh dikatakan hanya cip pemprosesan daripada Qualcomm sahaja yang menyertakan radio LTE terbina pada cip mereka. Tetapi, ia kini berubah apabila pihak Samsung turut sama menyertakan sokongan radio LTE secara terbina pada cip pemprosesan Exynos terbaru mereka – Exynos ModAP.

Samsung Exynos

Perkara ini merupakan sesuatu yang dijangka memandangkan penggunaan peranti LTE semakin meningkat diseluruh dunia. Melalui cip pemprosesan Exynos ModAP terbaru ini, ia hadir dengan sokongan empat-teras, selain turut menyertakan sokongan pemprosesan imej (image signal processor ).

Samsung tidak memberikan bilakah cip pemprosesan ModAP ini akan hadir pada peranti mereka. Beberapa spekulasi turut mengatakan mungkin ia akan disertakan pada Galaxy Note 4 yang bakal hadir tidak lama lagi.

Selain daripada cip empat-teras ModAP, pihak Samsung turut mempunyai beberapa variasi tawaran cip pemprosesan lain, termasuk cip lapan-teras berasaskan binaan big.LITTLE.

Nota: