Cip APU AMD “Kaveri” Bakal Hadir Untuk Desktop Pada Pertengahan Januari 2014

“Kaveri” merupakan nama kod untuk APU baru selepas daripada “Richland” yang telah diperkenalkan oleh AMD sebelum ini. Bagi mereka yang menantikan pengenalannya, kini pihak AMD dilihat berkongsi tarikh pelancarannya untuk desktop, iaitu pada pertengahan Januari 2014 ini.

AMD Kaveri

Bagi yang tidak mengenali “Kaveri”, ia merupakan cip APU (gabungan GPU dan CPU) generasi ketiga daripada pihak Advanced Micro Devices (AMD). Cip APU ini dikatakan akan menjadi yang pertama membawakan sokongan HSA (Heterogeneous System Architecture). Seperti biasa ia dikatakan akan membawakan sokongan grafik dan pemprosesan yang lebih efisyen berbanding generasi sekarang.

Cip ini dikatakan akan menggunakan sehingga empat Streamroller CPU x86, serta menyertakan lapan teras GPU. Namun, salah satu kekurangan untuknya adalah dimana pengguna diperlukan untuk menggunakan papan induk “FM 2+” untuk APU ini.

AMD Kaveri

AMD Kaveri

AMD dijangka akan berkongsi lebih banyak perkara berkaitan dengan cip pemprosesan baru ini pada acara CES 2014 kelak, dan mungkin kita akan mengetahui lebih banyak berkenaan dengan SKU dan juga harganya pada Januari 2014 nanti.

Nota: