CIMB Membawakan Sokongan Pembelian Aplikasi iOS Dan Android Menggunakan Kwik

CIMB pada tahun lepas telah memperkenalkan sokongan membuka akaun melalui web, dinamakan Kwik. Kini, ia dilihat mereka menambah sokongan pada perkhidmatan tersebut, membolehkan pengguna membeli aplikasi Android dan iOS menggunakannya.

Kwik - Aplikasi

Dan untuk menarik lebih ramai menggunakannya, CIMB Kwik turut menawarkan beberapa promosi khas untuk penggunannya. Bagi pengguna baru yang mendaftarkan akaun Kwik, mereka akan mendapat muat-turun aplikasi percuma sehingga RM10 melalui iTunes atau Google Play.

Selain itu, CIMB juga turut menawarkan diskaun pembelian sehingga 50% untuk dua aplikasi pertama setiap bulan (yang mana terhad kepada nilai RM10 setiap aplikasi).

Kwik - Aplikasi

Promosi ini disediakan oleh pihak CIMB sehingga penghujung bulan Februari kelak, dan dikatakan terhad kepada 1000 transaksi pertama dalam tempoh promosi berkenaan.

Walaubagaimanapun, salah satu perkara menarik untuk CIMB memperkenalkan sokongan ini, sekaligus memudahkan pembelian aplikasi dan kandungan dilakukan oleh pengguna tempatan melalui perkhidmatan mereka.

Mungkinkah kita akan dapat melihat beberapa bank lain hadir dengan sokongan sama tidak lama lagi?

Nota: