CIA Membuat Patung Osama Bin Laden

Fuh.My
Fuh.My – Mencetus Fenomena

CIA Membuat Patung Osama Bin Laden | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Teacher Muja gerun melihat dunia hari ini terutama sebagai seorang Muslim. Sudah ramai tokoh yang menjadi tempat kita bergantung harap jatuh satu persatu. Beberapa bulan lepas, tersebar berita penemuan Osama bin Laden dari tempat persembunyiannya dan beliau telah dibunuh.

Hari ini pula, Teacher Muja mendapat tahu bahawa sebuah arca seorang lelaki aksi direka sebagai prototaip dengan muka seperti dicarik-carik apabila dibakar, menyerupai tepong syaitan berwarna merah. CIA membuat patung Osama bin Laden ini dalam usaha yang kononnya memerangi keganasan.

patung osama bin laden CIA Membuat Patung Osama Bin Laden

Gambar di atas menunjukkan betapa kuatnya usaha CIA dalam menonjolkan imej jahat dan kejam pada patung Osama bin Laden sebagai sebuah senjata propaganda dalam peperangan yang dianggap sebagai sebuah usaha murni mereka dalam menghapuskan keganasan.

Ketua-ketua penyiasat mengarahkan beberapa prototaip arca unik yang menunjukkan muka seorang lelaki aksi yang kulit mukanya terkopek dan bertukar menjadi topeng merah seperti syaitan apabila dibakar, lapor Washington Post.

cia buat patung osama bin laden CIA Membuat Patung Osama Bin Laden

Selepas serangan 9/11, rancangan ini difikirkan untuk menakutkan para kanak-kanak di Timur Tengah dan ibu bapa mereka dengan pengaruh Osama Bin Laden.

CIA meminta ketua-ketua patung mainan untuk menghasilkan sebuah rekaan untuk projek rahsia sulit ini, yang diberi kod nama, Devil Eyes (Mata Syaitan). Pembuat patung G.I. Joe, Donald Levine, seorang bekas eksekutif di Hasbro, ditargetkan oleh ketua-ketua penyiasat untuk mereka patung tersebut.

Veteran Perang Korea itu meninggal dunia bulan lepas di usia 86 tahun selepas bergelut dengan barah dan apabila ditanya, keluarganya memberitahu media Amerika Syarikat,”Apabila dipanggil, dia berbangga dapat membantu negara kita.”

Lihatlah betapa hebat usaha musuh Islam dalam melemahkan orang Islam hari ini. Seharusnya, seluruh umat Islam sedar dengan jelas akan hal ini dan bersatu padu dalam mempertahankan kedaulatan agama Islam tercinta. Jangan biarkan lagi perbezaan ideologi, politik, dan kaum menjadi penghalang.

Wassalaam.

Incoming search terms:

If you enjoyed this post, you should read this: Event

CIA Membuat Patung Osama Bin Laden
muja

Nota: