China Mobile Dikatakan Berminat Untuk Mendapatkan Pegangan Pada Axiata

Axiata - China MobileChina Mobile merupakan salah satu syarikat telekomunikasi terbesar di dunia, dimana mereka mempunyai angka pelanggan seramai 760 juta pengguna. Baru-baru ini mereka telah mula membuat pelaburan di luar China, dan terkini, China Mobile dikatakan berminat untuk mendapatkan pegangan sebanyak 20% di Axiata Group.

Khazanah Nasional Bhd yang memegang majoriti pegangan di dalam Axiata dilihat tidak berminat untuk menjual pegangan yang begitu tinggi buat masa ini. Apatah lagi dengan pihak Axiata yang dilihat tidak memerlukan sebarang pelaburan strategik buat masa ini. Maka mungkin proses mendapatkan pegangan oleh China Mobile ini tidak berjaya ataupun mengambil proses perbincangan yang lama untuk selesai.

Axiata buat masa ini mempunyai operasi di sembilan buah negara sekitar Asia Tenggara, iaitu di Malaysia, Indonesia, Sri Lanka, Bangladesh, Kemboja, India, Singapura, Pakistan dan juga Thailand.

Nota: